
PENANJONG GARISON, Rabu, 08 Februari 2023 – Perbarisan Bulanan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diadakan pada pagi ini bertempat di Padang Kawad IL ABDB. Perbarisan kali ini disertai seramai 765 anggota terdiri daripada seluruh anggota tentera IL ABDB termasuk pegawai dan kakitangan awam, peserta kursus dan rekrut pengambilan lelaki ke-170. Hadir pada perbarisan tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB.
Ketua perbarisan pada kali ini ialah Mejar Zool Addyhamddymee bin Haji Bahmin, Penolong Pegawai Turus Sel Inspektorat, IL ABDB. Perbarisan tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan kemudian diikuti dengan laungan bacaan ikrar IL ABDB “Ikrar Kami”, yang dipimpin oleh Leftenan (U) Mohammad Noor Ali Hussyaini @ Roy bin Haji Suhaili, Ketua Platun Kompeni Rekrut IL ABDB.
Perbarisan diteruskan dengan ucapan oleh YM Komandan IL ABDB dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Lans Koperal Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi, Kompeni Pentadbir IL ABDB.